Kes positif COVID-19 Menurun 20 Peratus
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang tujuh hari minggu epid ke-22 berakhir Sabtu lalu, berbanding minggu epid sebelumnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 41,630 kes positif baharu dilaporkan sepanjang tempoh itu.
Katanya, purata kes aktif pula direkodkan sebanyak 81,461 berbanding minggu lalu, pengurangan sebanyak 0.6 peratus.
MenangBersama
LindungDiriLindungSemua
Rujuk : FB KKM