COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan Kenderaan Khas Bagi Urusan Pemindahan Pesakit COVID-19 Dengan Lebih Selamat Ke PKRC MAEPS, Serdang

/ PKRC MAEPS 2.0, JKN Selangor

JKN Selangor menyediakan perkhidmatan dua ambulans dan sebuah van penumpang yang dilengkapi ciri-ciri khas bagi memindahkan pesakit COVID-19 dengan lebih selamat ke PKRC Maeps, Serdang.

Ambulans dan Van jenis Maxus V80 yang akan digunakan di PKRCB MAEPS 2.0 ini terdiri daripada sebuah ambulans (Negative Pressure), sebuah ambulans (Type 😎 dan sebuah van penumpang (15 tempat duduk).

Ambulans (Negative Pressure) bertekanan negatif ini merupakan yang pertama di KKM dan Malaysia. Tekanan negatif di dalam ambulans ini dihasilkan menerusi perangkap isolation chamber dan udara dibersihkan dengan menggunakan penapis HEPA.

Udara hanya akan dikeluarkan atau discaj selepas ditapis dan ini akan menghalang patogen dan bakteria merbahaya daripada merebak. Sistem pengudaraan di dalam ambulans ini juga akan sentiasa dikawalrapi supaya berada pada tahap barometrik tertentu berbanding dengan udara luar.

Ambulans yang telah diuji dan terbukti dalam menangani penyebaran virus COVID-19 di Wuhan, China sebelum ini, turut dilengkapi kelengkapan seperti pod isolasi dan usungan (stretcher) khas yang bukan sahaja dapat menjaga pesakit, malah melindungi petugas perubatan yang mengendalikannya.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr Adham Baba di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC), MAEPS 2.0, pagi tadi.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Indera Dr. Sha'ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Shahabuddin b. Ibrahim, Pengarah PKRC MAEPS 2.0 dan YBrs. Tuan Syed Muhammad Ammar bin Syed Azman, CEO Weststar Group.

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post