COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

MAKLUMAT TERKINI VARIANT OF CONCERN (VOC) SOUTH AFRICAN B.1.351

Susulan daripada penemuan 17 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan kepada KKM dari bulan Januari sehingga Mac 2021, survelan genomik COVID-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari negeri-negeri di seluruh negara.

Terkini, melalui survelan genomik yang dijalankan dari 15 April sehingga 23 April 2021, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan empat (4) lagi kes tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351, menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes. Daripada jumlah ini, tiga (3) dilaporkan di daerah Kuala Langat, manakala satu (1) kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes COVID-19 yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.

Nota: Kluster dikemaskini sehingga 24 April 2021

Selain itu, melalui survelan genomik terkini bagi tempoh yang sama (15 April hingga 23 April 2021), sebanyak 29 kes COVID-19 telah menjalani jujukan genom penuh merangkumi negeri Johor, Selangor, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak. Data genom SARS-CoV-2 bagi kes-kes ini menunjukkan kitaran lineage yang lazim dijumpai iaitu Malaysian B.1.524 di Semenanjung Malaysia dan B.1.466.2 di Sarawak yang dikategorikan sebagai bukan Variant of Concern.

KKM mengambil maklum dan menyambut baik pengumuman oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan mengenai keputusan Kerajaan mengenakan kawalan lebih ketat bagi pengembara yang baru tiba dari negara yang melaporkan penularan virus SARS-CoV-2 jenis VOC dalam komuniti di mana tempoh kuarantin adalah dipanjangkan dari selama 10 hari kepada 14 hari. Ini akan mengurangkan risiko kemasukan virus SARS-CoV-2 jenis VOC ke dalam Malaysia. Maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dikemaskini segera bagi memudahkan urusan perancangan perjalanan bagi pengembara.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM -

Next Post Previous Post