Tindakan bagi mencegah kemasukan varian baharu dari India
Sidang Khas MKN hari ini juga telah mendengar dan bersetuju dengan perbentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan cadangan tindakan bagi mencegah kemasukan varian baharu dari India untuk mencegah penularan COVID-19 dalam negara.
Perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut:
i. Melakukan sekatan sementara penerbangan keluar masuk dari Negara India;
ii. Mana-mana pengembara yang memulakan perjalanan daripada mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit untuk ke Malaysia
adalah dilarang untuk memasuki Malaysia. Larangan ini turut terpakai bagi penumpang yang transit di Malaysia untuk ke negara ketiga. Walau bagaimanapun, pengecualian hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja;
iii. Kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan prosedur signoff di Malaysia kecuali kru warganegara Malaysia yang hanya wajib menjalani perintah kuarantin 14 hari;
iv. Melaksanakan sekatan sementara kemasukan pekerja asing dari India yang ada pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang masih sah laku;
v. Melaksanakan sekatan sementara kemasukan pelajar antarabangsa warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa (business travellers)
vi. Warganegara Malaysia (pelajar & pekerja, pasangan dan anak kepada warganegara Malaysia yang tinggal di India dan kumpulan keagamaan) yang berada di India
dibenarkan memasuki Malaysia dengan prosedur kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan;
dan
vii. Bukan warganegara yang merupakan pasangan kepada warganegara Malaysia dibenarkan memasuki Malaysia dengan prosedur kuarantin wajib selama 14 hari di stesen
kuarantin yang diwartakan.
Keputusan ini akan berkuatkuasa pada 28 April 2021.
Sumber : KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN, 26 APRIL 2021