Risiko Komplikasi Yang Lebih Teruk Terhadap Pesakit COVID-19 Yang Merokok
Golongan perokok didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk berbanding bukan perokok jika didapati #COVID19. Dalam satu kajian melibatkan 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di semua hospital bermula 1 Feb hingga 31 Mei 2020 mendapati:
-
Antara komplikasi yang berlaku dalam kalangan mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah
a. Kerosakan hati
b. Kerosakan buah pinggang
c. Sindrom Pernafasan Akut -
Golongan perokok hampir dua kali ganda mendapat komplikasi berbanding bukan perokok.
Penemuan ini selari dengan kenyataan World Health Organization (WHO) pada 30 Jun 2020 dan kajian-kajian di beberapa negara lain. Kajian ini dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Institut Kesihatan Negara (NIH) dengan kerjasama UIA dan UPM.
Justeru, KKM dengan kerjasama swasta dan NGO akan menambahbaik perkhidmatan berhenti merokok atas talian sedia ada.
Terbaharu, laman sesawang http://jomquit.com telah ditambahbaik untuk memudahkan proses pendaftaran serta kebolehcapaian perkhidmatan rawatan berhenti merokok secara dalam talian.
Melalui laman sesawang ini, perokok boleh mendapatkan rawatan berhenti merokok di hujung jari bermula proses pendaftaran, kaunseling perubahan tingkah laku sehingga mereka berjaya berhenti merokok.
Rujuk : FB KKM