COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Tahniah Semua Warga KKM

/ #FRONTLINERS

"Alhamdulillah dengan sokongan frontliners, penjawat awam, pasukan keselamatan, sektor swasta dan masyarakat umum langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil yang positif.

Kita telah berhadapan dengan tiga gelombang COVID-19 setakat ini, kita telah berjaya melandaikan keluk jangkitan gelombang pertama, membendung gelombang kedua dan pada masa ini kes-kes harian dalam gelombang ketiga COVID-19 sedang menunjukkan trend penurunan.

Selain itu, sistem kesihatan di negara kita, bukan sahaja mampu untuk terus bertahan, malah semakin efektif dalam merawat pesakit COVID-19. Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia, iaitu di bawah 0.4% dan lebih 90% daripada yang dijangkiti telah pun pulih sepenuhnya, Alhamdulillah.

Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM juga telah bersiap sedia untuk memastikan sekurang-kurangnya 126,000 orang individu diberikan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia." ucapan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri dalam Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya International Convention Centre, PICC, Putrajaya, 1 Mac 2021

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post