UJIAN COVID-19 - Sila Dapatkan Ujian Dari Fasiliti Kesihatan yang Diiktiraf KKM
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan berkaitan kit ujian COVID-19 dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan yang disarankan KKM.
Sekiranya terdapat keperluan untuk menjalankan ujian COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan ujian tersebut dari fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM.
Pembelian, penjualan dan penggunaan kit ujian COVID-19 dalam kalangan orang awam dikhuatiri akan meningkatkan penularan wabak COVID-19 kerana kit ujian yang dijual kepada orang awam mungkin tidak melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Pakar Penilaian Kit Ujian COVID-19.
Di samping itu, orang awam tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menginterpretasi keputusan ujian yang diperolehi dan mengendalikan situasi setelah mendapat keputusan ujian tersebut.

Rujuk : FB KKM