COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.
Secara purata, penggunaan katil di PKRC itu ialah 3,000 hingga 3,500, dan setakat ini masih terdapat kira-kira 5,000 katil yang masih belum digunakan.
Di PKRC MAEPS, ada sebanyak 9,350 katil yang disediakan untuk pesakit bergejala rendah kategori 1 dan 2 dan sekarang kita sudah letakkan 60 ‘acute bed’ untuk merawat pesakit kategori 3 dan 4 (sekiranya berkeperluan)
PKRC ini direka bukan sahaja untuk menerima kes-kes positif dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi juga pesakit dari Melaka, Negeri Sembilan serta Johor.
Pada 9 Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC. Kali pertama MAEPS diaktifkan sebagai PKRC ialah pada 16 April tahun lalu sebelum ditutup pada 15 Julai 2020.
Pembukaan PKRC merupakan usaha kerajaan menempatkan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala bagi memastikan kecukupan katil di hospital untuk pesakit bergejala.

Sumber : Bernama

Rujuk : FB Majlis Keselamatan Negara

Next Post Previous Post