JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan atau kenyataan terhadap tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19 termasuklah di Internet melainkan sumbernya daripada KKM.
Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!
Pastikan 3 perkara sebelum mengiklankan ubat:
- Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
- Pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A)
- Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!
Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery.
biarbetuliklanni!
Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

Rujuk : FB KKM