Strategi Menghadapi Gelombang Ketiga (Bahagian 1)
17 Disember 2020 - Anggota perubatan merupakan antara komponen yang paling penting di dalam meningkatkan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan termasuk hospital.
Sistem kesihatan negara sudah tentu tidak dapat menangani wabak #covid19 ini dengan baik tanpa kemahiran dan kepakaran anggota perubatan kita.
Mobilisasi anggota perubatan dalam negeri dan juga di antara negeri yang berlainan merupakan strategi utama bagi mempersiapkan pertahanan kita khususnya di negeri-negeri yang menghadapi peningkatan kes yang mendadak.
Video dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman bagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia mengatur strategi ini.
Rujuk : FB KKM