COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Lawatan Kerja Kesiapsiagaan JKN Negeri Sembilan untuk Aktiviti Saringan Pekerja Industri Warga Asing

Rujuk : FB Program Perubatan KKM
01/12/2020

Pada hari ini, saya berkesempatan untuk membuat lawatan ringkas ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk meninjau persiapan kesiapsiagaan Covid-19 serta persediaan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berkaitan Saringan Perkerja Industri Warga Asing yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Turut hadir pada sesi ini Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan YBhg. Datin Dr. Harlina, Pengarah Hospital Dr. Zaleha Bt Md Noor, Timbalan Pengarah Klinikal I Dr. Muhammad Zamri, Timbalan Pengarah Klinikal II Dr. Syazmin Zuwairi, Timbalan Pengarah Klinikal III Dr. Zuhaida, Timbalan Pengarah Pengurusan En. Tan Kim Huat serta barisan pengurusan hospital yang lain turut hadir bersama.

Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas berhubung kesiapsiagaan serta status terkini perawatan pesakit COVID-19 di HTJS. Setelah itu, kami dibawa ke Bilik Gerakan COVID-19 HTJS dan juga ke Wad COVID-19 di HTJS. Secara umumnya, saya amat berpuas hati dengan kesiapsiagaan HTJS serta semangat dan kerjasama frontliners yang telah ditunjukkan dalam menghadapi pandemik ini. Syabas diucapkan!

Ikhlas,

Datuk Dr. Hj Rohaizat bin Hj Yon

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Perubatan)

Kementerian Kesihatan Malaysia

Next Post