COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) Politeknik Port Dickson

/ Kesiapsiagaan KKM

Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) Politeknik Port Dickson telah memulakan operasi pada 14 November 2020.

PKRC Politeknik PD ini mampu menempatkan sehingga 900 pesakit COVID-19 sekiranya diperlukan. PKRC ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan agensi lain dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). PKRC Politeknik PD menempatkan pesakit berisiko rendah dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.

Sejak pembukaannya, PKRC ini telah digunakan oleh sehingga 300 pesakit dan ramai pesakit telah selamat dibenarkan pulang setelah dikuarantin termasuk menerima rawatan. Dengan adanya PKRC Politeknik PD ini, pesakit COVID-19 yang dikenalpasti boleh dikuarantin serta dirawat secara lebih berkesan dan secara lansung akan mempertingkatkan kesiapsiagaan hospital menghadapi pandemik ini di Negeri Sembilan.

Semoga kesemua petugas kesihatan, petugas perubatan juga petugas dari agensi dipermudahkan untuk membendung dan merawat pesakit Covid-19. InshaAllah

Next Post Previous Post