COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Penghantaran Peralatan Makmal - Kabinet Biokeselamatan (Biosafety Cabinet) ke Sabah

/ #PRAYFORSABAH

Penghantaran Peralatan Makmal- Kabinet Biokeselamatan (Biosafety Cabinet) ke Sabah sebagai bantuan menangani pandemik COVID-19
Sebanyak 3 unit Kabinet Biokeselamatan telah di hantar ke Sabah pada 30 Oktober 2020 daripada Pusat Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA 2. Urusan penghantaran ini telah dilakukan oleh pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pejabat Kesihatan KLIA dan bantuan penerbangan ehsan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Peralatan ini telah tempatkan di Pusat Saringan Likas, Klinik Kesihatan Luyang dan Klinik Kesihatan Tawau, Sabah bagi meningkatkan keselamatan anggota makmal yang terlibat dalam pengujian COVID-19.

Next Post