COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelancaran Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Penjara Kepayan, Kota Kinabalu

Rujuk : FB KKM

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Penjara Kepayan, Kota Kinabalu (PKRC Penjara Kepayan) telah dilancarkan pada 5 November 2020. Ia disempurnakan oleh YBrs. Puan Nora binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir bersama ialah Dato’ Dr. Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. William Gotulis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth dan Kol. (Dr) Amran bin Amir Hamzah, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu. Dengan peningkatan kes COVID-19 di Penjara Kepayan Kota Kinabalu, PKRC Penjara Kepayan ini di wujudkan bagi menampung pesakit yang tidak bergejala dan dalam kategori yang ringan. Ia diselaraskan bersama dengan Jabatan Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Angkatan Tentera Malaysia.

PKRC ini ditempatkan di Dewan Penjara Kepayan Kota Kinabalu dan menempatkan 150 buah katil serta diselaraskan oleh 25 orang kakitangan yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan paramedik.

Next Post Previous Post