COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KAJIAN PRA-KLINIKAL VAKSIN COVID-19

/ Vaksin COVID-19

Rujuk : FB KKM

Kajian Pra-klinikal vaksin COVID-19 merupakan kajian diperingkat makmal merangkumi ujian sel kultur dan haiwan
Manakala kajian klinikal vaksin pula melibatkan manusia.

Kajian ini melibatkan tiga fasa di mana pada fasa I, kajian melibatkan puluhan sukarelawan untuk mengetahui kesan tindak balas dan keselamatan vaksin peringkat awal.
Pada fasa II, Kajian melibatkan ratusan sukarelawan untuk mengetahui tahap keselamatan secara mendalam, serta keperluan dos vaksin.

Pada fasa III pula, kajian melibatkan ribuan sukarelawan untuk mengetahui kesan sampingan yang jarang berlaku serta tahap keberkesanan vaksin.
Pihak berkuasa regulatori farmasi negara akan meneliti keputusan kajian klinikal sebelum vaksin diluluskan.

Next Post Previous Post