KESIAPSIAGAAN PERKHIDMATAN MAKMAL DI SABAH DALAM MENANGANI COVID-19
Perkhidmatan makmal amat penting untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 secara berterusan. KKM cakna dan prihatan akan keperluan untuk menyediakan fasiliti makmal yang efisyen di seluruh negara.
Sehingga kini, terdapat 61 makmal yang menjalankan ujian saringan COVID-19 dengan kapasiti ujian sebanyak 58,466 sehari di seluruh negara, berbanding 11,546 ujian sehari di 12 makmal pada awal bulan Mac 2020. Peningkatan kapasiti sebanyak 80% adalah hasil kerjasama KKM dengan pelbagai pihak termasuk makmal Angkatan Tentera Malaysia, makmal Institut Genom Malaysia, makmal Hospital Universiti, dan makmal swasta.
Kini di Sabah terdapat 3 makmal iaitu makmal Hospital Queen Elizabeth, makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu dan makmal Universiti Malaysia Sabah berbanding hanya 1 makmal pada awal Mac 2020. Selain itu, bagi meningkatkan keupayaan ujian COVID-19 di Sabah, sampel-sampel juga dihantar secara harian ke Semenanjung melalui perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Poslaju . Bukan itu sahaja, bagi KKM turut membuat penyumberan luar (outsourcing) ke makmal swasta.
Terdapat 2 ujian saringan COVID-19 iaitu Rapid test PCR & Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag). RTK -Ag dapat dibuat dengan cepat dan pantas. KKM telah menghantar 238,900 kit RTK-Ag ke Sabah untuk meningkatkan kapasiti ujian sejak awal Mei 2020.
Bagi meningkatkan lagi keupayaan ujian di Sabah, kerajaan turut memperuntukan untuk menambahbaik kelengkapan makmal sedia ada di Hospital Queen Elizabeth, dan 1 makmal molekular di Hospital Tawau dan Hospital Lahad Datu.

Datuk Dr. Hj Rohaizat bin Hj Yon
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia