COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Vaksinasi Naik, Beban Kapasiti Kesihatan Awam Menurun: WP Labuan & Sarawak Menjadi Contoh Terbaik

Menerusi rajah ini, kita dapat lihat bahawa bilangan penggunaan katil ICU di Labuan dan Sarawak menurun selaras dengan peningkatan jumlah vaksinasi. Inilah adalah antara contoh terbaik kepentingan vaksinasi untuk rakyat Malaysia dan sokongan terhadap kapasiti kesihatan awam yang berterusan oleh Kerajaan.

Data juga menunjukkan bahawa sebilangan besar individu yang dijangkiti COVID-19 selepas vaksinasi lengkap tidak menunjukkan gejala serius atau hanya bergejala ringan (Kategori 1 & 2).

Di bawah PPN, antara indikator yang membenarkan peralihan sesebuah negeri dari Fasa 2 ke Fasa 3 adalah dengan mencapai kadar vaksinasi lengkap 40% populasi dewasa dan kadar penggunaan katil ICU yang sederhana.

Setakat ini 8 negeri telah beralih ke Fasa 2. Saya berharap, dengan trend peningkatan vaksinasi, lebih banyak negeri akan berjaya beralih ke Fasa 2 dan seterusnya Fasa 3 dalam sedikit masa lagi, InsyaAllah.

kadarvaksinasi

SUMBER : FB Rasmi Tengku Zafrul Aziz - Minister of Finance, Malaysia

Next Post