COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Vaksinasi: Benteng Pertahanan Utama Negara Menentang Krisis Pandemik COVID-19

Antara cabaran utama Malaysia dalam menghadapi COVID-19 adalah memastikan kelangsungan kapasiti kesihatan awam terutamanya kemudahan katil ICU yang merawat pesakit COVID-19 Kategori 4 - 5. Oleh itu, Kerajaan telah meningkatkan kapasiti vaksinasi ke tahap tertinggi agar sasaran 80% penduduk dewasa diimunisasi dapat dicapai secepat mungkin.⠀⠀
⠀⠀
Bagaimana vaksinasi dapat mengurangkan implikasi COVID-19? Merujuk kepada data di dalam rajah ini, kita dapat lihat bahawa dari keseluruhan kes COVID-19 pada 2 Ogos, peratusan besar kes adalah dari individu yang belum divaksinasi berbanding mereka yang telah divaksinasi. Dari 15,764 kes, 12,239 (77.64%) terdiri dari mereka yang belum divaksinasi berbanding 3,525 (22.36%) yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.⠀

Jika kita lihat pada Kategori 5, iaitu kategori paling kritikal pula, hampir 98% kes terdiri dari mereka yang belum divaksinasi. Ini menunjukkan bahawa individu yang telah divaksinasi mempunyai:⠀⠀
⠀⠀
✅ Kebarangkalian yang rendah untuk dijangkiti COVID-19 dan;⠀⠀
✅ Kebarangkalian yang rendah untuk mengalami komplikasi jika dijangkiti COVID-19 ⠀⠀
⠀⠀
Setakat ini, lebih 20.8 juta individu telah divaksin dan 13.8 juta dari mereka telah mendapat dos pertama. Jika anda masih belum mendaftar, saya sarankan untuk segera berbuat demikian untuk #LindungDiri #LindungSemua. Ayuh kita memainkan peranan masing-masing dan #MenangBersama

bentengvaksin

SUMBER : FB Rasmi Tengku Zafrul Aziz - Minister of Finance, Malaysia

Next Post Previous Post