VAKSIN CORONAVAC MAMPU BERI PERLINDUNGAN LEBIH TINGGI KEPADA KANAK-KANAK
BERITA PERDANA 6 MAC 2022 - VAKSIN CORONAVAC MAMPU BERI PERLINDUNGAN LEBIH TINGGI KEPADA KANAK-KANAK
Penilaian data yang melibatkan immuno-bridging analysis menunjukkan bahawa vaksin CoronaVac dapat menghasilkan tindakbalas imun yang lebih tinggi pada golongan kanak-kanak berbanding dengan golongan remaja dan dewasa.
Hasil kajian klinikal pula menunjukkan vaksin ini adalah selamat dengan regimen 2 dos di mana satu dos adalah 0.5ml dan dos kedua diberikan 28 hari selepas hari pertama.
Laporan AEFI daripada negara Cina yang melibatkan penggunaan 211 juta dos vaksin CoronaVac di kalangan kanak-kanak dan remaja juga menunjukkan bahawa vaksin ini adalah selamat dan kebanyakan kesan sampingan yang dilaporkan adalah bertahap ringan dan sederhana serta bersifat sementara.
Pandangan pakar juga telah dirujuk di mana kelulusan untuk kegunaan vaksin CoronaVac di kalangan kanak-kanak telah dipersetujui oleh pakar-pakar berkaitan.
Maka berdasarkan pertimbangan benefit-risk balance, PBKD telah memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan vaksin CoronaVac untuk golongan kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas.
Buat masa ini, keperluan dos penggalak untuk golongan kanak-kanak belum ditentukan.
Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM