PENGHANTARAN PAUTAN TEMPAHAN JANJI TEMU DOS KEDUA PICKIDS
Pautan janji temu baru dos kedua PICKids akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara peringkat berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin, bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin). Pautan janji temu ini juga membenarkan anda memilih lokasi PPV, masa dan tarikh mengikut kelapangan anda.

