COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGURUSAN KES POSITIF DAN KONTAK RAPAT KEPADA KES COVID-19 (KEMASKINI)

Rujuk : FB KKM

Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan

seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian

pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

urus-1
urus-2

Next Post Previous Post