Rakyat Malaysia akan menyambut Syawal tidak lama lagi. Meskipun kita telah berada dalam Fasa Peralihan COVID-19, jangkitan COVID-19 masih dilaporkan dalam kalangan komuniti dan usaha mengawal penularan COVID-19 sentiasa perlu diteruskan.
Justeru, bagi memastikan situasi COVID-19 dalam negara berada pada tahap terkawal, setiap individu dan masyarakat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing.