COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SINDROM COVID BERPANJANGAN (LONG COVID SYNDROME)

📌 SINDROM COVID BERPANJANGAN (LONG COVID SYNDROME)

👉 Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ sistem dalam tubuh seseorang individu.

Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

Dapatkan dos penggalak sekiranya berkelayakan untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan COVID-19.