COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PERATUS PENGGUNAAN KATIL COVID-19 DI FASILITI KESIHATAN BERBANDING PERATUSAN VAKSINASI POPULASI

Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 4hb, 3 kali ganda berbanding Khamis. Pada 5 hb Februari, Korea pula melaporkan kes harian COVID-19 lebih 38,670, Indonesia 32, 729 kes, Thailand 10,879 kes, Filipina 7,469 kes, Australia 22,985 kes dan Singapura 10,390.
Di Malaysia, sejumlah 5,736 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada 2 Feb 2022; 5,720 kes pada 3 Feb; 7,234 kes pada 4 Feb dan 9,117 kes pada 5 Feb 2022. Pada hari ini juga, 6 Feb 2022 kes baharu adalah 10,089. Berdasarkan status COVID-19 semasa, buat masa ini tren kemasukan kes ke ICU dan kematian tidak menunjukkan peningkatan. Kebanyakan kes merupakan dalam keadaan klinikal kategori 1 dan 2.
Peningkatan kes di Malaysia walau bagaimanapun buat masa ini masih tidak menjejaskan sistem kesihatan negara berikutan pencapaian liputan vaksinasi lengkap bagi populasi adalah tinggi dan juga merupakan antara yang terbaik di dunia.
Keadaan ini turut dibantu oleh kadar pemberian vaksinasi dos penggalak bagi keseluruhan populasi adalah 37%, manakala bagi penduduk dewasa telah melebihi 50%. Manakala penduduk berumur 60 tahun dan ke atas telah mencapai 68%.
Kadar liputan vaksinasi yang sangat baik ini telah dapat membantu menurunkan kadar penggunaan katil COVID-19 di fasiliti kesihatan, secara tidak langsung menggambarkan bilangan kes COVID-19 yang memerlukan rawatan di wad dan di ICU telah berkurangan, walaupun negara kini berhadapan dengan ancaman varian Omicron yang lebih mudah merebak.
Kita telah berjaya menstabilkan keadaan pandemik COVID-19 ini setelah gelombang Delta menyerang dan insya’Allah, kita juga boleh melawan varian Omicron. Terus patuhi SOP, amalkan 3W, elak 3S dan amalkan TRIIS (Test/Uji, Report/Lapor, Isolate/Asing, Inform/Maklum, Seek/Dapatkan rawatan.

peratus-katil-bm

SUMBER : JKJAV

Next Post