COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 62 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 25 Januari 2022 sehingga 28 Januari 2022. Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknonologi MARA (iPromise, UiTM) telah mengenalpasti 46 kes baharu, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC, UM) telah mengenalpasti 15 kes baharu, manakala Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti satu (1) kes baharu. Kesemua kes ini merupakan varian Delta.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,118 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,250 kes varian Delta;
  • 601 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

lampiran-1-jadual-2-pskpk28jan2022
lampiran-1-jadual-3-pskpk28jan2022
lampiran-1-jadual-4-pskpk28jan2022

Rujuk : KPK KKM

Next Post Previous Post