SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 486 kes baharu varian telah dilaporkan daripada 10 Januari 2022 sehingga 14 Januari 2022. Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 317 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) manakala Faculty of Medicine-Universiti Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti 84 kes baharu dan kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Selain itu, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) telah mengenalpasti 58 kes baharu dan kesemuanya juga adalah varian Delta (B.1.617.2) manakala Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 27 kes baharu yang terdiri daripada varian Delta (B.1.617.2).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 5,726 kes varian Delta;
- 253 kes varian Omicron;
- 233 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
- 13 kes varian Theta;
- Empat (4) kes varian Kappa; dan
- Tiga (3) kes varian Eta



Rujuk : KPK KKM