COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Berapa minit diambil oleh seorang penerima vaksin apabila sampai di PPV ?

Menurut Dr Adham, untuk vaksinator memberikan vaksin daripada pintu masuk sampai kita benarkan mereka untuk berehat selama 30 minit sebelum mereka beredar daripada Pusat Pemberian Vaksin tersebut. Ini memerlukan satu waktu yang jadualnya kita susun dengan rapi.
Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan berkata demikian dalam rancangan Agenda Awani bertajuk Vaksin COVID-19 : Lindung Diri, Lindung Semua pada 16 Februari 2021.
“Pada pengalaman yang pernah kita lalui, saya sendiri sebagai doktor perubatan memberi vaksin ini nampak macam mudah ya. Prosesnya kita perlu mengeluarkan vaksin daripada vial, perlu pastikan ia dalam accurate dose, kita kena tempatkan untuk tempat mengambil vaksin tersebut di lengan, swabkan dahulu bagi nyahkan kuman kalau pun ada, kemudian barulah suntik”
“Daripada eksesais yang kita pernah laksanakan, ia memerlukan dalam masa 5 minit hingga 10 minit daripada pintu masuk sampai ke tempat vaksin. Kemudian mereka akan dipantau selama 15 hingga 30 minit sebelum dibenarkan beredar dari PPV” ujar Dr Adham lagi.

Rujuk : FB KKM -->

Next Post Previous Post