SEKATAN PERJALANAN SEMENTARA KE ATAS LAPAN (8) BUAH NEGARA DITAMATKAN
Rujukan : Kenyataan Media KKM 28/12/2021 : PERKEMBANGAN TERKINI VARIAN OMICRON
Berikutan pengumuman YB Menteri Kesihatan pada sidang media hari ini, sekatan perjalanan sementara ke atas 8 buah negara yang dikenakan sebelum ini ditamatkan dan semua negara tersebut dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi.
Pengembara yang tiba dari negara-negara berikut mesti mematuhi protokol yang telah ditetapkan.

