PEMAKLUMAN TEMUJANJI DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19 MELALUI PESANAN RINGKAS (SMS) DAN APLIKASI MYSEJAHTERA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian dos penggalak COVID-19 sejak November 2021, dimulakan dengan kelompok tertentu yang menjadi keutamaan iaitu:
- Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
- Individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi;
- Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
- Ibu mengandung; dan
- Individu dengan keperluan ke luar negara.
Sehingga 14 Disember 2021, sebanyak 3,944,858 dos penggalak COVID-19 telah berjaya diberikan. Bagi mempercepatkan lagi pemberian dos penggalak ini, KKM memberi pemakluman kepada penerima dos penggalak dengan penghantaran tarikh temujanji melalui pesanan ringkas ke telefon pintar (SMS) (Gambar 1) ataupun melalui aplikasi Mysejahtera (Gambar 2).
Masyarakat diingatkan agar sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh temujanji yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju untuk menerima dos penggalak atau tidak. Sekiranya terlepas tarikh temujanji yang diberikan, adalah disarankan agar menghadirkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk pendaftaran senarai menunggu.
Rujuk : KPKESIHATAN.COM