COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute for Medical Research (IMR), Faculty of Medicine (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Malaysia Genome Institute (MGI), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) telah mengenalpasti sebanyak 261 kes baharu yang mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu

  • 259 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
  • Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

FOM-UM telah mengenalpasti sebanyak 72 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), IMR telah mengenalpasti sebanyak 55 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 46 kes varian Delta (B.1.617.2), MGI telah mengenalpasti sebanyak 46 kes iaitu 45 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351), manakala TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 42 kes iaitu 41 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 2,385 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

vocvoi1

vocvoi2

vocvoi3

Rujuk : FB KPK KKM

Next Post Previous Post