SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM), Malaysia Genome Institute (MGI) dan Institute for Medical Research (IMR), telah mengenalpasti sebanyak 134 kes baharu, di mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu
- 132 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
- Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).
UMBI-UKM telah mengenalpasti sebanyak 79 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2), TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 7 kes varian Delta (B.1.617.2), MGI telah mengenalpasti sebanyak sebanyak 1 kes varian Delta (B.1.617.2), manakala IMR telah mengenalpasti sebanyak sebanyak 37 kes iaitu 35 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua (2) kes varian Beta (B.1.351)
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,386 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,366 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 2,128 kes varian Delta;
- 224 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha.
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
- 13 kes varian Theta;
- Empat (4) kes varian Kappa; dan
- Tiga (3) kes varian Eta.
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di lampiran.



Rujuk : FB KPK KKM