COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 01 Oktober 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah kali ke-364 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

KEPUTUSAN MESYUARAT PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH KALI KE-364 BERKENAAN PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 telah bersidang pada hari ini, 1 Oktober 2021.
Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia, kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. CoronaVac sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas. Ini merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Cominarty, keluaran PfizerBioNTech pada bulan Jun 2021.

Rujuk lampiran bagi membaca kenyataan penuh.


Next Post