COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA SEHINGGA 25/10/2021

Sehingga 25 Oktober 2021, kes positif COVID-19 yang direkodkan di seluruh negara adalah sekitar 243 juta, dengan angka kematian sekitar 4.9 juta (berdasarkan statistik terkini Universiti Johns Hopkins).

asd-1

Sumber : Our World In Data, University of Oxford

Secara kasar, negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan tren penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini. Malaysia juga turut menunjukkan tren penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34, namun Singapura dan Brunei menunjukkan tren peningkatan kes COVID-19. Kedua-dua negara ini menunjukkan kadar kes bagi setiap satu (1) juta penduduk yang lebih tinggi berbanding Malaysia (180.91 kes) iaitu pada kadar 584.86 kes (Singapura) dan 499.88 kes (Brunei).

Walaupun Malaysia menunjukkan penurunan kes, pematuhan terhadap Proedur Operasi Standard (SOP) perlu terus diamalkan bagi mengelakkan peningkatan kes seperti negara-negara jiran setelah pembukaan sektor pendidikan dan ekonomi yang lain.

1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19

Pada ME ke-42 iaitu daripada 17 Oktober 2021 sehingga 23 Oktober 2021;

  • Kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 20.7 peratus iaitu daripada 52,321 kes (ME ke-41) kepada 41,508 kes (ME ke-42);
  • Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 105,497 kes (ME ke-41) kepada kes 83,605 kes (ME ke-42);
  • Kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 16.4 peratus iaitu daripada 593 kes (ME ke-41) kepada 496 kes (ME ke-42);
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 16.5 peratus iaitu 684 kes (ME ke-41) kepada 571 kes (ME ke-42);
  • Kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 14.4 peratus iaitu 292 kes (ME ke-41) kepada 250 kes (ME ke-42); dan
  • Nilai RT kekal stabil sekitar nilai 0.88.

asd-2

Jadual 1 : Perbandingan Indikator Jangkitan COVID-19 bagi ME ke-41 dan ME ke-42

2. Kluster

Sebanyak 56 kluster yang dilaporkan pada ME ke-42 yang terdiri daripada (Jadual 2);

  • kluster tempat kerja;
  • kluster komuniti;
  • kluster pusat pendidikan;
  • kluster kumpulan berisiko tinggi; dan
  • kluster keagamaan.

asd-3

Jadual 2 : Jumlah Kluster Mengikut Kategori bagi ME ke-41 dan ME ke-42

3. Vaksinasi

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sehingga 23 Oktober 2021, sejumlah 25,161,659 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Sebanyak 94.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Manakala, sebanyak 72.4 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap.

4. Kapasiti Hospital

KKM telah memperuntukkan 28,832 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,241 buah katil wad biasa, 1,374 katil wad ICU, dan 2,861 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Penggunaan katil di PKRC dan katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan tren penurunan sekitar 4 hingga 8 peratus pada ME ke-42 berbanding ME ke-41 seperti pada Jadual 3.

asd-4

Jadual 3 : Kapasiti hospital dan ICU di Hospital Awam

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post