Vaksinasi Lengkap Memberi Perlindungan Tambahan & Mengurangkan Risiko dari Jangkitan COVID-19 Yang Teruk
Secara keseluruhannya sehingga 7 September 2021, daripada 1,880,734 kes positif COVID-19:
- 1,721,274 kes (91.5 %) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin [1,441,205 kes (76.6 %) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi dan 280,069 kes (14.9 %) adalah terdiri daripada mereka yang tidak lengkap divaksinasi] ; dan
- 159,460 kes (8.5 %) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.
- Daripada 18,547 kes harian yang dilaporkan pada hari ini (7 September 2021);
- Kategori 3, 4 & 5 : 308 kes, 1.66% (77.6% tiada vaksinasi/tidak lengkap vaksinasi)
- Kategori 1 & 2 : 18,239 kes, 98.34% (66.8% tiada vaksinasi/tidak lengkap vaksinasi)
Daripada 308 kes kategori 3 - 5, sebanyak 239 kes (77.6 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 69 kes (22.4 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi.
Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.


Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM