COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kepentingan PICK Remaja (CITF-A) Bagi Persedian Pembukaan Sekolah pada Oktober 2021

Pelaksanaan PICK-Remaja adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF-A) yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang telah bertanggungjawab dalam penetapan dasar & penyelarasan pelaksanaan pelan vaksinasi remaja. Keanggotaan CITF-A melibatkan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam hal ehwal remaja seperti pendidikan, perlindungan, pemulihan & tahanan.

Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia di mana terdapat peningkatan daripada 12,620 kes pada tahun 2020 kepada 400,668 kes pada tahun 2021 (sehingga 16 September 2021). Ia berupaya memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kluster dan kes di kalangan warga sekolah.

PICK-Remaja mensasarkan 3.2 juta remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

Sehingga 15 September, kelulusan pemberian vaksin COVID-19 adalah:
• Remaja berumur 16 hingga 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam;
• Remaja 12 hingga 15 tahun bersekolah;
• Remaja 12 hingga 17 tahun yang berada dalam institusi perlindungan, pemulihan & tahanan;
• Remaja daripada kumpulan rentan seperti remaja gelandangan, pelarian, & bukan warganegara berusia 12-17 tahun.

CITF telah memberi kelulusan pelaksanaan PICK-Remaja kepada Negeri Sarawak telah (8 September 2021) & WP Labuan (11 September 2021) kerana liputan imunisasi COVID-19 di kalangan dewasa di kedua-dua negeri tersebut telah mencapai 80%. PICK Remaja di Sabah pula telah bermula pada 16 September 2021 lalu kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pendalaman & memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar (outreach).

Sehingga 16 September 2021, seramai 85,076 remaja telahpun diberikan dos 1 vaksin COVID-19 di negeri-negeri tersebut. PICK Remaja ini adalah amat penting sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada bulan Oktober 2021 nanti khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5.

KKM mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Radzi bin Jidin, Menteri Kanan Pendidikan serta seluruh warga KPM atas kerjasama dan kesungguhan melaksanakan PICK-Remaja. Begitu juga kepada semua agensi, petugas dan pelaksana dalam memastikan program PICK-Remaja dapat dijalankan dengan lancar.

Rujuk : FB KPK KKM

Next Post Previous Post