Kenali Kit Ujian Anda
Kami menerima banyak pertanyaan mengenai kit ujian COVID-19. Di sini MDA ingin menjelaskan bahawa terdapat dua (2) kit ujian COVID-19 iaitu
- untuk kegunaan orang awam dan
- untuk kegunaan profesional.
Sehingga 10 Ogos 2021, MDA hanya meluluskan 7 kit ujian kendiri untuk kegunaan ORANG AWAM. Anda boleh menyemak lebih lanjut senarai kit ujian yang diluluskan untuk kegunaan orang awam menerusi pautan yang berikut:
Manakala untuk kegunaan PROFESIONAL, anda boleh menyemak dipautan yang berikut:
https://portal.mda.gov.my/announcement/596-list-of-recommended-for-use-of-covid-19-ivd-test-kit.html
Sebagai orang awam pastikan anda membeli kit ujian kendiri yang telah diberi kelulusan oleh MDA seperti di dalam senarai yang telah MDA uar-uarkan untuk anda demi keselamatan dan keberkesanan kit ujian COVID-19 tersebut.

SUMBER : FB Rasmi Medical Device Authority