JOM DERMA DARAH
PERHATIAN KEPADA PARA PENDERMA DARAH YANG BUDIMAN
Stok darah kita semakin berkurang manakala keperluan penggunaan darah adalah tinggi.
Individu yang sihat adalah dijemput bantu KKM dengan keluar menderma darah. Rujuk kepada waktu operasi Pusat Pendermaan Darah Statik mulai 26 Julai 2021 dan rancang pendermaan anda bagi memastikan kelancaran proses pendermaan.
Sila pastikan anda mengisi slip temujanji pendermaan darah di link https://linktr.ee/dermadarah dan membawa kad/buku pendermaan darah (sekiranya ada).
Jadual waktu kempen derma darah boleh dapati di www.pdn.gov.my
Teruskan menderma darah & bantu kami dalam memastikan stok darah sentiasa berada di paras yang mencukupi!

Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM