COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

11 kit ujian kendiri dapat kelulusan bersyarat setakat ini – Dr. Adham

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 kit ujian kendiri COVID-19 telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh menggunakan sampel air liur, manakala empat lagi menggunakan calitan hidung, di mana kesemua kit tersebut boleh dibeli di fasiliti awam dan swasta.

"Keputusan penggunaan kit ujian RTK perlulah dilaporkan secara self-reporting menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini akan membolehkan tindakan dan pemantauan sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak KKM.

"Seterusnya kit ujian tadi digunakan untuk membantu KKM dalam mengenal pasti kes positif, negatif atau yang perlu ulang ujian RT PCR," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah;

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Dr Adham berkata, kit ujian tersebut antaranya BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).

Selain itu,Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test; Gmate COVID-19 Ag Saliva; Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography); Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay; Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing); STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home Test; ProDetect ™ COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva); serta NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit.

SUMBER : Astro Awani

Next Post Previous Post