Status Jumlah Saringan COVID-19 di Malaysia Sehingga 14/07/2021
Jumlah sampel COVID-19 (ujian RT-PCR dan RTK-Ag) yang diuji untuk tempoh 14 hari kebelakangan. Hari ini jumlah ujian keseluruhan adalah tertinggi iaitu 131,706.
Masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ianya masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta. Kapasiti ini akan digunapakai sebaiknya bagi menjalankan ujian COVID-19 terutama bagi ujian tertumpu (targeted testing).
Rujuk : FB KKM