COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Empat Hari Berturut-Turut, Pemberian Vaksin Lepasi 400,000 dos Sehari.

/ Kadar Vaksinasi di Malaysia

Malaysia kini menjadi antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, menyaksikan lebih 400,000 dos diberikan sehari.

Malaysia hanya diatasi Kanada pada minggu lepas, tetapi jumlah vaksinasi di Malaysia adalah sekali ganda berbanding Australia.

Perbandingan itu dibuat antara negara-negara dengan saiz yang sama atau lebih besar oleh The Sydney Morning Herald dalam satu artikelnya bertajuk “Crushed by COVID, Malaysia now has one of the world’s fastest vaccination rates” semalam.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia pada 15 Julai 2021 ialah 460,158 dos, ini adalah jumlah yang tertinggi dalam sehari setakat ini. Pemberian dos 1 sejumlah 304,807dan dos 2 sejumlah 155,351.

Berikut adalah jumlah pemberian dos untuk empat hari lepas :

12 Julai : 421,479 dos
13 Julai : 424,541 dos
14 Julai : 434,828 dos
15 Julai : 460,158 dos

vacs

Next Post Previous Post