SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenalpasti sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2. Kesemua 119 kes adalah Variant of Concern (VOC);
• 106 kes varian Delta (B.1.617.2);
• 10 kes varian Beta (B.1.351); dan
• Tiga (3) kes varian Alpha (B.1.1.7).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 429 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 409 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.




Rujuk : FB KPK KKM