SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
KKM ingin memaklumkan bahawa, di antara 23 Jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan. Sebanyak 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga (3) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu;
- 18 kes varian Delta (B.1.617.2);
- Lima (5) kes varian Beta (B.1.351);
- Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1); dan
- Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI.




Rujuk : KPKESIHATAN.COM