COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta, PIKAS Telah Bermula

AMPANG, 16 JUN 2021 – YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Haji Md Yasin, YB Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali, YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba, bersama YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan kerja ke Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd., di Ampang tengahari ini.

Lawatan kerja ini adalah mengenai Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Buat pertama kalinya PIKAS telah dilancarkan di Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd untuk Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mempercepatkan program imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
PIKAS adalah program imunisasi kerjasama awam-swasta yang menyasarkan golongan pekerja di mana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dipertangungjawabkan untuk menyelaraskan imunisasi pekerja bagi sektor pembuatan.

PIKAS ini juga turut diperkenalkan berikutan cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu Kerajaan menyegerakan imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#WeServeWithLove

Next Post Previous Post