Peningkatan Kualiti Pengendalian Vaksin AstraZeneca untuk #COVID19
Sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk #COVID19 berada pada tahap optimum, KKM menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca seperti berikut:
-
Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.
-
Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.
Penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin ini akan diperluaskan ke semua PPV yang lain.
Rujuk kenyataan penuh Menteri Kesihatan


Rujuk : Twitter KKM