COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Terkini melalui survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sepuluh (10) sampel COVID-19 dari 10 Mei 2021 sehingga 14 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan tujuh (7) lagi kes Variant of Concern (VOC):

  • Empat (4) kes tempatan yang dijangkiti varian South African B.1.351 yang telah dikesan di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur; dan
  • Tiga (3) kes bukan warganegara dijangkiti varian Indian B.1.617 (sublineage B.1.617.2).

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti oleh varian South African B.1.351 adalah sebanyak 66 kes dan varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) adalah sebanyak lima (5) kes.

Varian South African B.1.351

Jadual 1: Ringkasan Kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351

mutasi1

Varian Indian B.1.617.2

Sebanyak tiga (3) kes baharu melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia. Sebanyak dua (2) kes telah dikesan melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan satu (1) kes dikesan melalui saringan bergejala. Kesemua kes mempunyai sejarah perjalanan ke India. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) yang telah dikesan di negara adalah sebanyak lima (5) kes.

KKM ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah melanjutkan tempoh kuarantin wajib selama 14 hari kepada pengembara dari negara-negara dengan penularan VOC dalam komuniti sejak 28 April 2021 dan mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari negara India sejak 7 Mei 2021 berikutan penularan varian VOC yang semakin membimbangkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan pemantapan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk survelan epidemik, ujian saringan COVID-19 yang strategik, melakukan pengesanan kontak dan melakukan langkah-langkah kesihatan awam bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti. Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post