COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kadar Penggunaan Katil Rawatan Kritikal / ICU COVID-19 di Lembah Klang

Setakat 18 Mei 2021, kadar penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 di Lembah Klang telah mencapai 125%, dan 74% keseluruhan di seluruh negara. Negeri Selangor, KL, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil COVID-19 ICU melebihi 80%.

Hospital COVID-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa. Walau bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan COVID-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

Peningkatan kes-kes secara mendadak kebelakangan ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Rakyat adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!


As of 18 May 2021, the COVID-19 critical care bed / ICU utilization rate in the Klang Valley has reached 125%, and 74% overall nationwide. The states of Selangor, KL, Penang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan recorded utilisation of COVID-19 ICU beds of more than 80%.

COVID-19 hospitals have increased the number of ICU beds allocated for COVID-19 patients through the repurposing of ordinary wards. However, this has also reduced the chances of non COVID-19 patients to receive proper critical care.

This dramatic increase in cases has put tremendous pressure on the national healthcare system, and it is our shared responsibility to break the transmission chain of COVID-19 infection. Now more than ever, the Rakyat are important frontliners and must continue staying at home if there are no urgent matters outside.

We have no other choice; kita mesti jaga kita!

katil1

katil2

Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Next Post Previous Post