Kadar Penggunaan Katil Rawatan Kritikal / ICU COVID-19 di Seluruh Negara Sehingga 20/05/2021
Pada 20 Mei 2021, kadar penggunaan katil ICU COVID-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 83%.
Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada SOP. Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.
Kita jaga kita.


Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM