PENGGUBALAN ORDINAN DARURAT (PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT) (PINDAAN) 2021
KKM telah memasukkan 10 peruntukan iaitu 5 pindaan (Akta 342) dan 5 peruntukan baharu dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (pindaan 2021).
Langkah ini kerana terdapat keperluan segera semasa Proklamasi Darurat. Pindaan ini bertujuan menambah baik Akta 342 dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan mengekang penularan #COVID19
Jangan terkejut jika anda dikompaun oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan tidak mematuhi SOP. Bermula 11 Mac 2021, penguatkuasa PBT dan badan-badan berkanun diberi kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan SOP bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan seterusnya membendung penularan #COVID19 dalam tempoh darurat. KKM telah meminda tafsiran 'pegawai diberi kuasa' dengan memasukkan 'mana-mana orang yang sesuai' pada Seksyen 2 (10) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Rujuk kenyataan bersama Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan.







Rujuk : FB KKM
Rujuk : Twitter KKM