COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Malaysia tidak hadapi masalah dengan vaksin Pfizer - Dr Adham

PUTRAJAYA: Malaysia tidak mengalami sebarang masalah terhadap pembungkusan pada botol vaksin keluaran Pfizer-BioNTech atau kelewatan penghantaran seperti yang berlaku di beberapa negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini semua vaksin yang dibekalkan di Malaysia tidak mengalami sebarang kegagalan kepada bungkusannya.
"Kita tidak lakukan (penangguhan penggunaan vaksin Pfizer) seperti mana yang dilakukan di Hong Kong. Sebab setakat ini semua vaksin yang dibekalkan di negara kita tidak ada mengalami apa-apa kegagalan bungkusan atau kelewatan penghantaran," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung isu penangguhan penggunaan vaksin Pfizer di Hong Kong dan Macau, China selepas syarikat terbabit mengalami masalah pada pembungkusan pada sebilangan botol.

Pentadbiran Hong Kong dilaporkan berkata, penangguhan itu adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga dan vaksinasi semasa mesti ditangguhkan sepanjang tempoh siasatan.
Kedua-dua bandar di China itu mengatakan keputusan berkenaan dibuat selepas mereka dihubungi oleh Fosun, syarikat farmaseutikal China yang mengedarkan vaksin Pfizer mengenai isu berkenaan.

Pihak berkuasa di negara berkenaan mendedahkan, botol dengan nombor 210102 didapati mempunyai bungkusan yang rosak.

Rujuk : FB KKM
Sumber : Berita Harian Online

Next Post Previous Post