COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

VAKSIN DOS PENGGALAK (PICK-B) BOOSTER DOSE

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B bermula pada 13 Oktober 2021 susulan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 (JKJAV) Bil. 18/2021 pada 30 September 2021 dalam pemberian dos penggalak kepada penerima yang telah vaksin lengkap. Program ini dijangka melibatkan seramai 23 juta orang di Malaysia.

Anda tidak perlu untuk berdaftar untuk mendapat dos penggalak. Aplikasi MySejahtera akan memaklumkan tarikh janji temu. Anda juga boleh menghubungi fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji temu untuk mendapatkan dos penggalak.

Senarai fasiliti kesihatan awam boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia di https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 dan senarai fasiliti kesihatan swasta yang terlibat adalah seperti di laman sesawang ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Aplikasi tempahan janji temu bagi dos penggalak akan dilancarkan dalam masa yang terdekat bagi memudahkan masyarakat membuat tempahan dengan lebih efisen. Ikuti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai PICK Booster.

  • Seperti imuniti semulajadi yang terbentuk akibat jangkitan COVID-19, imuniti yang terbentuk selepas lengkap vaksinasi menurun selepas tempoh tertentu. Pemberian dos penggalak amat disyorkan bagi mengembalikan perlindungan terhadap COVID-19 ke tahap optimum. Tempoh penerimaan dos penggalak berbeza berdasarkan jenis dos primer dan ianya boleh dari jenis yang sama (homologus) atau dari jenis yang berbeza (heterologus), mengikut jenis yang disyorkan Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Pekeliling KPK Bil 1/2022
  • Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega dengan kapasiti yang lebih besar akan dibuka di Lembah Klang bermula pada 15 Januari 2022 (Sabtu). Berikut dikongsikan lokasi serta waktu operasi PPV Mega tersebut. Sila patuhi SOP yang ditetapkan ketika berada di PPV dan jika terima janji temu, sila hadir untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.
  • Adakah dos penggalak selamat untuk seseorang yang mahu mengandung, sedang mengandung atau sedang menyusu bayi?
  • Vaksin penggalak COVID-19 diberikan untuk memberikan perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19. Berikut adalah pesanan kepada anda sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Persediaan ini akan membantu memastikan kelancaran proses vaksinasi.
  • Vaksin penggalak COVID-19 diberikan untuk memastikan anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19. Bagi yang telah menerima dos penggalak COVID-19, anda dinasihati agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak selama seminggu. Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan selepas menerima dos penggalak.
  • Sila pastikan sijil vaksinasi digital anda telah dikemaskini selepas menerima dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) anda.
  • Close contact perlu kuarantin dan jangan ke PPV sehingga tamat kuarantin dan test negatif.